Saturday, January 07, 2012

200 Pelatih PLKN Kump 1 Siri 9/2012 Dikecualikan Atas Masalah Kesihatan

  NR       Saturday, January 07, 2012

KUANTAN: Kira-kira 200 daripada 33,259 pelatih Program Khidmat Latihan Negara (PLKN) Kumpulan 1 Siri 9/2012 dikecualikan daripada program itu atas masalah kesihatan selepas mereka mendaftar di 81 kem PLKN seluruh negara minggu lepas.

Ketua Pengarah PLKN Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, kebanyakan daripada peserta yang dikecualikan daripada menjalani program itu disahkan mempunyai masalah kesihatan seperti lelah dan sebagainya.

“Keputusan bagi menangguh atau mengecualikan pelatih-pelatih berkenaan dibuat setelah mereka menjalani pemeriksaan kesihatan yang dijalankan pegawai perubatan kerajaan dan bukan pihak kem.

“Bagi pelatih yang sakit dan sembuh setelah menerima rawatan, mereka akan dipanggil semula untuk menjalani program PLKN, tetapi yang dikecualikan kita tidak akan panggil,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Kem PLKN Gambang di sini semalam.

Beliau berkata, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) turut menyediakan lima  petugas perubatan di setiap kem PLKN seluruh negara bagi memantau tahapkesihatan pelatih.

Mengenai pelbagai pembaharuan dalam modul di kem PLKN yang akan dilaksanakan tahun ini, Abdul Hadi berkata ia dibuat mengikut peredaran masa bagi memastikan program PLKN sentiasa relevan.

Tahun ini, JLKN akan melaksanakan beberapa pembaharuan termasuk modul I-Smart bagi menangani masalah membaca dan menulis di kalangan pelatih dan latihan fizikal yang baru khusus untuk pelatih yang mengalami berat badan berlebihan. — Bernama
logoblog

Thanks for reading 200 Pelatih PLKN Kump 1 Siri 9/2012 Dikecualikan Atas Masalah Kesihatan

Previous
« Prev Post

No comments: