Sunday, January 08, 2012

Budak Sindrom Down Ditinggalkan Berdekatan Bank di Kapit

  NR       Sunday, January 08, 2012
KAPIT 6 Jan. - Nasib seorang budak lelaki yang dikenali sebagai Christer Raymiyo Abdullah, 6, yang ditinggalkan bersendirian berdekatan sebuah bank di sini beberapa hari lalu masih menjadi tanda tanya.

Ini kerana masih belum ada pihak tampil untuk menuntut kanak-kanak penghidap sindrom down itu yang kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sehubungan itu, JKM Kapit berharap ibubapa kanak-kanak berkenaan atau saudara maranya dapat menghubungi pihaknya dengan segera untuk urusan penyerahan semula.

"Diharapkan pihak yang berkenaan dapat menghubungi talian 084-798863 atau bertemu dengan Pegawai JKM di tingkat bawah Kompleks Pejabat Negeri di Jalan Bleteh, Kapit," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Christer Raymiyo ditemui orang awam dalam keadaan yang lemah dan dihantar ke Balai Polis Kapit.

Dia kemudiannya diserahkan kepada JKM untuk tindakan selanjutnya dan pada masa ini ditempatkan di Rumah Kanak-kanak di Kuching.

- Utusan, 07-01-2011
logoblog

Thanks for reading Budak Sindrom Down Ditinggalkan Berdekatan Bank di Kapit

Previous
« Prev Post

No comments: