Sunday, January 08, 2012

Hanya 5 Murid Thn 1 SJKT Binjul Tawar, Kesemuanya Adalah Perempuan

  NR       Sunday, January 08, 2012

Guru kelas, Y. Theeba mengajar lima murid perempuan di kelas tahun satu SJKT Binjul Tawar di Baling, semalam.

BALING 3 Jan. - Sesi persekolahan bermula agak suram di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Binjul Tawar dekat sini apabila cuma lima murid memulakan kelas tahun satu hari ini.

Guru Besar sekolah berkenaan, Y. Veerathangam berkata, sekolah tersebut mulai mengalami kemerosotan termasuk ketiadaan murid lelaki sejak tahun lalu.

Katanya, kelima murid terbabit terdiri daripada murid perempuan.

“Kami pasrah dengan keadaan itu dan terpaksa mengakui mungkin tiada lagi murid lelaki di kawasan berkenaan khususnya dari kawasan ladang berhampiran,”katanya.

Katanya, keseluruhan murid dari Tahun Satu hingga Tahun Enam sekolah berkenaan hanya 50 orang yang menetap di sekitar kawasan itu.

Dalam pada itu menurut seorang guru, V. Preeba, situasi itu tidak melemahkan semangatnya untuk mengajar dan akan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi bagi membolehkan murid berkenaan mendapat ilmu.

Difahamkan terdapat banyak sekolah di sekitar kawasan itu menyebabkan keluarga murid boleh membuat pilihan untuk menghantar anak masing-masing.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading Hanya 5 Murid Thn 1 SJKT Binjul Tawar, Kesemuanya Adalah Perempuan

Previous
« Prev Post

No comments: