Tuesday, January 10, 2012

Kantin SMK Clifford, Kuala Kangsar Musnah Terbakar

  NR       Tuesday, January 10, 2012

IPOH — Kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Kangsar, 50 kilometer dari sini musnah dalam kebakaran awal pagi ini, mengakibatkan kerugian lebih RM160,000.

Penolong Kanan Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat, Ismail Darus berkata, anggota bomba dan penyelamat mengambil masa kira-kira 45 minit untuk memadamkan kebakaran.
"Kejadian pada pukul 4.32 pagi itu disedari oleh warden sekolah berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Bagaimanapun, katanya ketika bomba tiba di tempat kejadian, kantin berkenaan telah musnah sama sekali.
Beliau berkata, pengusaha kantin yang baru beroperasi sejak seminggu lepas mengalami kerugian sebanyak RM60,000 membabitkan dapur, periuk, pinggan, mangkuk, kerusi dan meja yang baru dibeli.
Ismail berkata, punca kebakaran masih disiasat. — BERNAMA, 09 Jan 2012
logoblog

Thanks for reading Kantin SMK Clifford, Kuala Kangsar Musnah Terbakar

Previous
« Prev Post

No comments: