Saturday, January 07, 2012

Kumpulan Remaja Kes Pecah Rumah & Curi Motosikal Tumpas

  NR       Saturday, January 07, 2012

Mohd. Nor Mansor (dua kiri) melihat dua motosikal minibike yang ditemui semula daripada kumpulan jenayah remaja di Temerloh, kelmarin.




TEMERLOH 5 Jan. - Polis berjaya menumpaskan kumpulan penjenayah pecah rumah dan curi motosikal yang terdiri daripada remaja di sekitar Taman Temerloh Jaya, Temerloh Makmur dan Taman Bahagia.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Nor Mansor berkata, kumpulan itu terdiri daripada empat remaja berusia 15 hingga 18 tahun.

''Hasil maklumat awam, tiga remaja tersebut ditangkap di tiga buah rumah berasingan di Taman Temerloh Jaya dan Temerloh Makmur pada 29 Disember tahun lalu. Bagaimanapun perancang kumpulan itu berusia 17 tahun masih bebas.

''Dengan tertangkapnya mereka, kita percaya telah berjaya menyelesaikan tiga kes pecah rumah, empat kes curi motosikal dan beberapa kes curi tong gas serta basikal di sekitar tiga taman perumahan tersebut," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Menurut beliau, antara barang curi yang ditemui semula daripada remaja terbabit ialah enam unit alat pembesar suara, dua unit dekoder Astro, satu unit pemain cakera video digital (DVD), dua motosikal jenis minibike dan lima buah tong gas.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 179A akta yang sama.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Nor memberitahu, pihaknya berjaya menurunkan indeks jenayah sebanyak 6.3 peratus sepanjang tahun lalu berbanding 2010.

''Tahun lalu mencatatkan 446 kejadian jenayah berbanding 476 kes pada 2010.

''Polis Temerloh juga berjaya menyelesaikan 50.9 peratus atau 227 kes pada tahun lalu berbanding 276 kes atau 57.98 peratus pada 2010.

''Sebahagian besar kes yang dilaporkan berlaku di daerah ini adalah berkaitan dengan kejadian curi motosikal dan pecah rumah," kata beliau.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading Kumpulan Remaja Kes Pecah Rumah & Curi Motosikal Tumpas

Previous
« Prev Post

No comments: