Sunday, January 08, 2012

OUM Mungkin Akan Buka Pusat Pembelajaran di Bintulu

  NR       Sunday, January 08, 2012

KUCHING: Universiti Terbuka Malaysia (OUM) mungkin akan membuka sebuah pusat pembelajarannya di Bintulu selepas tiga pusat sedia ada di negeri ini.

Presiden juga Naib Canselor OUM Profesor Emeritus, Tan Sri Anuwar Ali bagaimanapun berkata, perkara itu hanya akan dilaksanakan sekiranya ada permintaan tinggi.

“Di Sarawak, kita ada tiga pusat pembelajaran OUM iaitu di Kuching, Sibu dan Miri.

“Bagi di Bintulu, kita sedang fikirkan kerana kita perlu melihat permintaan dan bilangan pelajar… apapun kita merasakan potensi ada di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara School of Lifelong Learning Universiti Terbuka Malaysia (SOLL-OUM) dan Denver Consulting Sdn Bhd yang disaksikan Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah di sini, semalam.

Menurut beliau, OUM mempunyai pusat pembelajaran di seluruh negeri kecuali di Perlis, kerana pelajarnya pergi ke pusat pembelajaran di Sungai Petani, Kedah.

Berhubung jalinan kerjasama dengan Denver Consulting itu, katanya, ia bagi mendukung usaha kerajaan negeri meningkatkan kemahiran dalam kalangan dewasa bekerja dan generasi muda di negeri ini, sekali gus meningkatkan lagi kegiatan melalui Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang telah dimajukan kerajaan negeri.

Selain itu, tambahnya, OUM telah menjalin hubungan dengan lebih 40 rakan kerjasama di seluruh negara.

“Kemampuan OUM adalaha bersifat ‘hands on’ dan berasaskan kemahiran dan kita ada pakar-pakar yang boleh kita perolehi dari universiti dan kolej relevan,” kata Anuwar.

OUM juga menawarkan sistem penyampaian yang menggunakan Teknologi Maklumat (IT) melalui e-pembelajaran kepada para pelajara nya yang bekerja.

Sementara itu, ditanya mengenai peratusan graduan OUM diterima di pasaran kerja, Anuwar berkata, ia tidak menjadi masalah kepada mereka.

“Sebabnya pelajar kita memang sudah bekerja dan mereka cuma menambah baik kemahiran dan latihan yang sedia ada pada mereka.

“Dengan itu, mereka mendapat sijil kemahiran yang pasti akan diberi pengiktirafan oleh majikan mereka,” tegasnya.

- UB
logoblog

Thanks for reading OUM Mungkin Akan Buka Pusat Pembelajaran di Bintulu

Previous
« Prev Post

No comments: