Tuesday, January 03, 2012

PDRM Sedia Dedah Klip Vedio Bukti Polis Tidak Kasar

  NR       Tuesday, January 03, 2012

PDRM sedia dedah rakaman suraikan demonstrasi haram di UPSI kepada umum

TANJUNG MALIM: Polis mempunyai bukti termasuk rakaman video yang menunjukkan mereka tidak menggunakan kekerasan ketika menyuraikan demonstrasi haram di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), awal pagi kelmarin dan akan mendedahkannya kepada umum jika keadaan memaksa. 

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata pihaknya juga akan menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat dakwaan polis bertindak ganas terhadap pelajar seperti disebarkan blog dan portal berita yang dianggapnya cubaan menjejaskan imej pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kita mempunyai rakaman video selain saksi bagi membuktikan polis tidak melakukan keganasan. Polis melakukan tugas mereka seperti biasa kecuali ada pihak yang enggan memberi kerjasama, kita terpaksa bertindak tegas.

“Jika ada laporan dibuat mengatakan polis bertindak ganas sehingga mencederakan individu (yang terbabit dalam perhimpunan haram), kita akan menjalankan siasatan serta mengumpulkan bukti yang diperlukan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas penahanan 17 mahasiswa, termasuk seorang penuntut wanita kerana menyertai demonstrasi haram anjuran kumpulan penuntut Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) selepas sambutan Ambang Tahun Baru 2012 di UPSI dengan mengusung keranda, baring di atas jalan, selain cuba memanjat pagar kampus UPSI, awal pagi kelmarin.

Berikutan insiden itu, beberapa blog dan portal berita mendakwa polis bertindak ganas sehingga mencederakan penuntut yang menyertai perhimpunan berkenaan, termasuk Pengerusi Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Safwan Anang.

Mohd Shukri berkata, pihaknya bersedia mengemukakan bukti, termasuk rakaman video dan laporan perubatan hospital berhubung kecederaan dialami pelajar ketika menyertai perhimpunan haram itu.
“Sekiranya dakwaan yang dibuat palsu, kira akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan tuduhan memfitnah pasukan keselamatan itu tanpa usul periksa tidak lagi berulang,” katanya.

Sementara itu di JOHOR BAHRU, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menyerahkan kepada pentadbiran institusi pengajian tinggi (IPT) untuk mengambil tindakan ke atas pelajar masing-masing berhubung pembabitan mereka dalam perhimpunan haram di UPSI.

Beliau berkata, pihaknya menunggu laporan IPT terbabit dan polis berhubung pembabitan penuntut universiti.

Sehubungan itu, katanya, pelajar yang terbabit perlu menerima hakikat perbuatan salah mereka mengundang hukuman terhadap diri sendiri, termasuk dibuang pusat pengajian masing-masing.

“Tindakan kumpulan pelajar terbabit hanya memburukkan imej dan sistem pendidikan negara dengan mengamalkan politik jalanan yang tersasar daripada tujuan asal memasuki IPT.

“Saya jamin 99 peratus pelajar UPSI tidak terbabit dalam perhimpunan itu selebihnya dari universiti dan kolej swasta lain. Ini bukti majoriti pelajar UPSI tidak berminat dengan perhimpunan itu.

“Maklumat diperoleh, pelajar UPSI ketika kejadian mempertahankan universiti sekiranya kumpulan itu merempuh masuk.

“Nasib baik polis mengawal keadaan,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Surat Pelawaan Naik Taraf Kolej Universiti di Kolej Selatan, semalam.

- BH
logoblog

Thanks for reading PDRM Sedia Dedah Klip Vedio Bukti Polis Tidak Kasar

Previous
« Prev Post

No comments: