Friday, January 20, 2012

Pelajar IPTS Wanita Ditahan Berikutan Kenyataan FB Berbaur Lucah Ugut PM

  NR       Friday, January 20, 2012

ALOR SETAR 19 Jan. – Polis menahan seorang pelajar wanita sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Kuala Muda di sini berikutan kenyataan berbaur ugutan serta lucah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam laman sosial Facebook miliknya.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, pelajar berusia 20 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9 pagi hari ini dan dibebaskan petang tadi setelah pihak polis mengambil keterangannya.

“Pihak kami menerima laporan mengenai Facebook pelajar ini pada pukul 10 malam semalam dan setelah mengenal pasti siapa pemilik akaun Facebook tersebut, kami menahan pelajar ini di pusat pengajiannya.

“Pelajar ini menggunakan nama samaran di dalam akaun Facebooknya dan setelah mengambil keterangan daripadanya, kami membebaskannya kerana dia akan mengambil peperiksaan tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurut Ahmad, siasatan kes ini dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan pihak polis akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan.

“Ibu bapa pelajar ini juga telah dipanggil dan mereka memberi jaminan bahawa anak mereka bersedia untuk memberi kerjasama dengan pihak polis pada bila-bila masa.

“Pihak kami telah merampas telefon bimbit dan komputer riba milik pelajar ini untuk menyiasat isi kandungan peralatan tersebut,” ujarnya.

Tambahnya, pihak polis menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati apabila menggunakan Facebook dan tidak mengeluarkan sesuatu ancaman di dalam laman sosial tersebut.

- Utusan

logoblog

Thanks for reading Pelajar IPTS Wanita Ditahan Berikutan Kenyataan FB Berbaur Lucah Ugut PM

Previous
« Prev Post

1 comment:

Anonymous said...

Cina cacai taik babi