Saturday, January 21, 2012

Yayasan Melaka Peruntuk RM783,800 Biayai Kelas Tuisyen di Melaka

  NR       Saturday, January 21, 2012

MOHD. Ali Rustam (kanan) menyampaikan cek kepada salah seorang guru besar pada majlis penyerahan sumbangan program kecemerlangan pelajar di Melaka, kelmarin.

MELAKA 20 Jan. - Kerajaan negeri melalui Yayasan Melaka memperuntukkan RM783,800 kepada 312 sekolah di seluruh negeri bagi mengadakan kelas tuisyen kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan utama tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sumbangan berkenaan adalah sebagai usaha kerajaan negeri bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Langkah Yayasan Melaka menyediakan peruntukan kelas tuisyen itu sekali gus memperlihatkan komitmen kerajaan negeri dalam membantu meningkatkan taraf pendidikan pelajar di seluruh negeri ini," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan sumbangan program kecemerlangan pelajar untuk sekolah menengah dan rendah negeri Melaka di sini, semalam.

Menurutnya, kelas tuisyen yang diadakan secara percuma itu diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar, khususnya yang bakal menduduki peperiksaan utama tahun ini.

Mohd. Ali berkata, sejak 2006 hingga kini, Yayasan Melaka telah menyalurkan sumbangan RM5.2 juta kepada sekolah seluruh negeri bagi mengadakan kelas tuisyen berkenaan.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading Yayasan Melaka Peruntuk RM783,800 Biayai Kelas Tuisyen di Melaka

Previous
« Prev Post

No comments: