Friday, February 24, 2012

3 Pelajar Antara 10 Geng Kola Ditahan Pecah Rumah

KANGAR — Tiga pelajar, seorang daripadanya berusia 16 tahun, adalah antara 10 lelaki yang ditahan polis kerana terbabit dalam kegiatan pecah rumah di sekitar daerah ini.
Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, kesemua mereka ditahan dalam beberapa operasi dari 13 hingga 21 Februari lepas.
Suspek yang dipercayai anggota ”Geng Kola” berusia antara 16 dan 27 tahun, dengan lima daripadanya diuji positif dadah, katanya pada sidang media, di sini hari ini.
“Kami masih mengesan tiga lagi anggota kumpulan yang masih bebas berumur antara 19 tahun dan lewat 20-an,” katanya.
Beliau berkata, hasil penangkapan itu juga polis menemui semula empat unit komputer riba, satu komputer netbook, lima telefon bimbit yang dipercayai dicuri kumpulan terbabit
Abdul Rahman berkata, kesemua mereka yang ditahan juga tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Dengan penangkapan ini juga polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 14 kes pecah rumah dan curi di daerah ini, katanya. — BERNAMA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...