Thursday, February 23, 2012

320 Belia Terima Sijil Watikah Pelantikan Skuad 1Malaysia


Hasiman Sidom (berdiri, tengah) bersama ahli-ahli skuad 1Malaysia pada majlis pelancaran dan penyampaian watikah pelantikan Skuad 1Malaysia di IKBN Banting, baru-baru ini.

KUALA LANGAT 21 Feb. - Sebanyak 320 belia menerima sijil watikah pelantikan Skuad 1Malaysia pada majlis pelancaran skuad tersebut di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini, baru-baru ini.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib, Hasiman Sidom sambil disaksikan oleh Pengerusi Skuad 1Malaysia, Rozana Kamarulzaman.

Pelancaran skuad tersebut turut mendapat kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Rakan Muda, IKBN Banting dan Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) Kuala Langat.

Menurut Rozana, penubuhan skuad tersebut bertujuan membantu mengurangkan gejala sosial di kalangan belia.

"Ia juga berfungsi memerangi kegiatan penyalahgunaan dadah. Ini juga perkongsian pintar dengan belia yang datang dari pelbagai latar belakang," katanya.

Rozana berkata, penubuhan skuad itu diharap dapat membantu menurunkan gejala penyalahgunaan dadah sehingga mencapai tahap sifar di daerah ini.

Katanya, skuad tersebut kini disertai 1,258 belia daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini.

Rozana memberitahu, skuad tersebut bertujuan merealisasikan slogan 1Malaysia di samping merapatkan dan mendekatkan golongan belia dengan masyarakat.

- Utusan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...