Wednesday, February 29, 2012

6,000 Komputer 1Malaysia Diagihkan di Parlimen Beaufort


Lajim Ukin (empat dari kanan) menyerahkan komputer 1Malaysia kepada wakil Puteri UMNO Beaufort, Rosni Awang Tajuddin di Dewan Masyarakat Dato’ Shah Bandar Makang, Kuala Penyu, Sabah, kelmarin.

KUALA PENYU 28 Feb. – Kira-kira 6,000 unit Komputer 1Malaysia yang dibekalkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah diagihkan di kawasan Parlimen Beaufort.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, daripada jumlah itu sebanyak 4,000 unit diagihkan kepada pelajar sekolah manakala selebihnya kepada pemimpin masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Pengagihan komputer berskala besar itu membuktikan keprihatinan kerajaan dalam usaha membantu merapatkan jurang digital antara masyarakat luar bandar dan bandar.

“Jadi kita berharap semua penerima memanfaatkan kemudahan yang diberikan sebaiknya untuk meningkatkan kemahiran teknologi maklumat dan mendapat ilmu pengetahuan berguna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan pengagihan Komputer 1Malaysia kepada pemimpin masyarakat setempat dan NGO di Dewan Masyarakat Dato’ Shah Bandar Makang di sini semalam.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu, John Teo Mau Sing; Timbalan Pengarah SKMM Wilayah Sabah dan Labuan, Jusly Elias dan Ketua Puteri UMNO Beaufort, Saridah Mohd. Dun.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, pemberian komputer itu menunjukkan keprihatinan kerajaan membantu usaha meningkatkan pengetahuan masyarakat secara menyeluruh dalam bidang teknologi maklumat (IT).

Katanya, selain bantuan berkenaan, kerajaan turut berusaha meningkatkan kadar penembusan jalur lebar di seluruh negeri.

“Ini terbukti dengan kewujudan projek Kampung Tanpa Wayar di beberapa buah kampung yang telah mewujudkan komuniti luar bandar yang celik teknologi maklumat,” ujarnya.

- Utusan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...