Tuesday, February 28, 2012

Kolej PTPL Sarawak Adakan Bengkel Gempur Final Sekolah Sains Kesihatan


UNTUK ALBUM...Para pelajar PTPL bergambar kenangan bersama guru mereka ketika berlangsungnya bengkel berkenaan baru-baru ini.
FOKUS...Para pelajar sedang memberi perhatian ketika sesi ceramah motivasi Positif Thinking pada bengkel berkenaan.

KUCHING, Isnin (20 Feb) – Seramai 100 orang pelajar Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) Sarawak telah menghadiri Bengkel Gempur Final Sekolah Sains Kesihatan yang berlangsung di Kuching baru-baru ini.

Jurucakap menerusi siaran berita yang dihantar kepada mail elektronik (e-mail) kepada Utusan Sarawaj memberitahu para peserta bengkel ini terdiri daripada pelajar Program Sijil Sains Kesihatan dan Diploma Teknologi Makmal Perubatan

“Perlaksanaan bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar tentang teknik belajar dengan berkesan disamping menjawab soalan peperiksaan dengan lebih cekap dan efisien.

“Ia juga bertujuan untuk menjelaskan kepada semua pelajar mengenai persediaan yang perlu dilakukan sebelum, ketika dan selepas menghadapi peperiksaan,”menurut siaran berita itu.

Selain itu aktiviti berkenaan katanya juga secara tidak langsung akan dapat menyerap elemen meningkatkan motivasi para pelajar bagi mencapai kejayaan yang lebih tinggi melalui pemikiran positif. 

Katanya bengkel ini telah pun dimulakan dengan slot motivasi ‘Positive Thinking’ untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan berfikiran secara positif bagi mencapai kejayaan tinggi di masa akan datang.

“Ia juga diteruskan dengan Slot LDK yang menyemai semangat berpasukan dan kemahiran mendengar disamping menyampaikan maklumat dalam aspek pembelajaran dari dalam dan luar kelas,” katanya.

Terdahulu bengkel yang bermotokan ‘Yes We Can’ ini telah dirasmikan oleh Pengetua Kolej PTPL Sarawak, Aidil Adzhar Abu Samah sambil disaksikan oleh Naib Pengetua (Hal Ehwal Akademik) PTPL Sarawak, Efida Nawawi dan Ketua Sekolah Sains Kesihatan, Felicia Girim.

Aidil menerusi amanatnya telah menekankan kepentingan pelajaran untuk masa hadapan sambil memuji usaha yang dilakukan oleh pihak Sekolah Sains Kesihatan yang cukup prihatin dalam memahami kehendak pelajar mereka dengan menganjurkan bengkel ini.

- Utusan Sarawak

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...