Monday, February 27, 2012

Laporan Lengkap Perbaiki Sistem Pendidikan Sedang Dijalankan - Muhyiddin




 

Majlis Pemimpin Bersama Rakyat, Tan Sri Muhyiddin Yassin di SJKC Tong Ah Selangau, Sibu


BARAM: Kementerian Pelajaran akan menyediakan satu laporan lengkap berhubung inisiatif bagi meningkatkan kompetensi guru agar sejajar dengan keperluan  negara untuk melahirkan modal insan berkemahiran tinggi, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya laporan berkenaan dijangka dapat disiapkan sebelum akhir tahun ini akan mengambil kira maklum balas daripada semua pihak yang berkepentingan dalam usaha mewujudkan satu sistem pendidikan berkualiti tinggi di negara ini.

Bercakap pada satu sidang akhbar selepas Majlis Perjumpaan Khas Bersama-sama Warga Pendidik dan Masyarakat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinjar di sini, Muhyiddin, yang juga Men-teri Pelajaran, berkata beliau masih belum berpuas hati de-ngan tahap pencapaian yang di-peroleh menerusi sistem pendidikan sedia ada.

“Kalau kita melihat daripada segi tahap kompetensi (guru-guru Malaysia) dalam penanda aras antarabangsa, masih ada perbezaan ketara (berbanding) dengan beberapa negara lain,” katanya.

Beliau berkata dalam usaha penyiapan laporan ini, sembilan kumpulan kerja telah diwujudkan untuk mengkaji bidang-bidang pendidikan yang akan diberikan penekanan.

Beberapa sesi dialog pendidikan negara akan diadakan dan pihak yang berkepentingan dipelawa untuk memberikan pandangan mereka, katanya.

Beliau berkata negara berhadapan dengan persaingan dengan negara-negara lain dan amat penting bagi seluruh warga pendidik kita untuk meningkatkan kemahiran mereka.

- Utusan, 26 Feb

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...