Friday, February 24, 2012

Majlis Penyampaian Watikah Kepimpinan Pelajar di SMK Lembah Bidong


Jamshah Mustapa (tengah) bersama para pelajar semasa majlis penyampaian Watikah Kepimpinan Pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Bidong, Setiu, semalam.

SETIU 23 Feb. - Pengawas sekolah perlu berusaha memenuhi tanggungjawab diamanahkan kepada mereka dengan menjadi contoh yang terbaik untuk diteladani para pelajar lain.

Ketua Polis negeri, Datuk Jamshah Mustapa berkata, selaku pemimpin kepada pelajar, mereka juga menjadi asas kepada pembentukan peribadi dan mencorak masa depan generasi pelajar di negara ini.

"Jawatan seperti pengawas dan ketua kelas ini sebenarnya boleh dianggap sebagai platform terbaik untuk mereka menggilap bakat kepimpinan sebelum melangkah ke alam pekerjaan," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Watikah Kepimpinan Pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Bidong di sini semalam.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Rohaizat Abd. Ani dan pengetua sekolah berkenaan, Sa'diah Morshidi.

Pada majlis itu, seramai 237 pelajar yang terdiri daripada pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya serta Badan Rohani dan Dakwah menerima watikah pelantikan tersebut.

Turut menerima watikah ialah pengawas Skim Pinjaman Buku Teks, ketua-ketua bilik asrama, ketua-ketua kelas, ketua rumah sukan, pengawas kokurikulum, ketua-ketua unit beruniform, ketua-ketua kelab dan persatuan serta ketua sukan dan permainan.

- Utusan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...