Thursday, February 23, 2012

Majlis Sambutan 10 Tahun UMP Berlansung Meriah


MOHD. Hilmey Mohd. Taib (kiri) bersama Dr. Daing Nasir Ibrahim (tengah) dan Dr. Abu Azam Md. Yassin menyaksikan pameran foto Sedekad Memacu Kecemerlangan di UMP Jalan Gambang, Kuantan, Pahang, baru-baru ini.

KUANTAN 21 Feb. - Seramai 4,000 warga Universiti Malaysia Pahang (UMP) hadir pada Majlis Sambutan 10 Tahun UMP yang berlangsung di Kompleks Sukan universiti berkenaan di Jalan Gambang, dekat sini baru-baru ini.

Sambutan itu turut diadakan serentak dengan Majlis Amanat Tahunan Naib Canselor yang bertemakan Inovasi Berdisiplin Sepanjang Migrasi.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Datuk Mohd. Hilmey Mohd. Taib; Bekas Rektor Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia (Kuktem), Datuk Dr. Abu Azam Md. Yassin; Naib Canselor UMP, Prof. Dr. Daing Nasir Ibrahim dan Pendaftar Pertama UMP, Ghani Salleh.

Daing Nasir berkata, UMP perlu memfokuskan inovasi dalam semua aspek termasuk pengajaran, pembelajaran, penerbitan dan kepimpinan dalam usaha menjadikan universiti ini sebagai pilihan di peringkat global.

"Strategi Lautan Biru bertujuan menggembleng sumber sedia ada untuk digabungkan bersama dalam membentuk kekuatan dalam sesebuah organisasi.

"Justeru, strategi ini memerlukan analisis pelbagai faktor sedia ada seperti menukar profil asas persaingan yang akhirnya boleh mewujudkan nilai tambah atau nilai baru dalam pasaran," tegasnya pada majlis tersebut.

Katanya, inovasi yang berdisiplin dan istiqamah dapat membantu sesebuah universiti mencapai Bidang Keberhasilan Utama Universiti (UKRA) seperti yang digariskan dalam Pelan Strategik UMP 2011-2015.

- Utusan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...