Friday, February 24, 2012

PM Dijangka Umum Polisi Gaji Minimum Sektor Swasta Bulan Depan


SEREMBAN - Polisi mengenai gaji minimum pekerja sektor swasta dijangka diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada bulan depan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, pada masa ini kementeriannya dalam proses akhir menyiapkan segala perkara perlu sebelum pengumuman dilakukan.

"Langkah ini akan memberi manfaat kepada 30 peratus daripada pekerja tempatan yang pada masa sekarang mendapat gaji kurang daripada RM900," katanya kepada pemberita selepas majlis peletakan batu asas bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Labu, dekat sini hari ini.

 Beliau berkata polisi baru mengenai gaji pekerja swasta itu tidak akan menggugat keupayaan negara bersaing di antarabangsa mahupun mengurangkan peluang pekerjaan.

"Semua ini sudah diambil kira dan kadar yang akan kita umumkan ini akan mendatangkan kebaikan kepada negara termasuk meningkatkan ekonomi, memastikan lebih banyak peluang pekerjaan untuk pekerja tempatan dan secara tidak langsung ini akan mengurangkan bilangan pekerja asing di negara ini," katanya.

- SH

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...