Thursday, February 23, 2012

Proton Taja 30 Pelajar Ikuti Program Ijazah Sarjana Muda


TUN Dr. Mahathir Mohamad (duduk tiga dari kiri) bersama ahli lembaga pengarah Yayasan Proton bergambar kenangan bersama para pelajar cemerlang yang mendapat biasiswa pendidikan Yayasan Proton di Subang Jaya, baru-baru ini.

YAYASAN Proton menaja 30 pelajar bagi mengikuti program Ijazah Sarjana Muda yang menuntut di 14 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan IPT swasta (IPTS) di negara ini.

Mereka yang menerima biasiswa tersebut terdiri daripada pelajar yang sedang mengikuti kursus pelbagai jurusan seperti perundangan, mekanikal, akauntan, ekonomi, dan komunikasi.

Proton Holdings Berhad menerusi Yayasan Proton memperuntukkan RM2 juta tahun ini sebagai biasiswa kepada pelajar berkenaan.

Biasiswa itu meliputi elaun sara hidup, elaun buku serta komputer bimbit sepanjang empat tahun di pusat pengajian tinggi.

Biasiswa tersebut telah disampaikan oleh Penasihat Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dalam ucapannya, Dr. Mahathir Mohamad berkata, mengingatkan para pelajar supaya meningkatkan potensi diri dan bersifat positif ke arah memaju perkembangan tranformasi negara melalui peluang-peluang sektor pekerjaan yang bakal diceburi.

"Mereka perlu berdikari dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai pelajar dan pada masa yang sama meningkatkan kebolehpasaran diri dengan kemahiran tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan biasiswa tersebut yang turut dihadiri oleh Pengerusi Proton Holdings, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh, Pengerusi Yayasan Proton, Datuk Jaafar Indot di Subang Jaya, baru-baru ini.

Dr. Mahathir berkata, biasiswa ini merupakan sumbangan syarikat Proton kepada masyarakat dalam membangunkan modal insan.

"Proton antara syarikat korporat yang terlibat secara aktif dalam menunaikan tanggungjawab sosial yang sealiran dengan kerajaan dalam membina modal insan melalui pendidikan.

- Utusan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...