Tuesday, February 28, 2012

Warga Sekolah Panik, Remaja Lepas Tembakan, 1 Maut 4 Cedera

  Pengajar.Info       Tuesday, February 28, 2012

CHARDON (Ohio): Seorang ramaja melepaskan tembakan di kafeteria sebuah sekolah di bandar Chardon, awal hari ini, menyebabkan seorang pelajar maut, manakala empat lagi cedera.

Seorang pelajar yang menyaksikan serangan itu secara dekat berkata, remaja lelaki bersenjata itu menyasarkan satu kumpulan pelajar yang sedang duduk dengan seorang ditembak ketika cuba menyorok di bawah meja di kafeteria berkenaan.
Pegawai Agensi Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan ketua polis, Tim McKenna berkata, pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan dan enggan memberitahu motif kejadian.
Kejadian di Chardon High School yang mempunyai 1,100 pelajar itu mencetuskan panik dengan pelajar berteriak dan lari menyelamatkan diri.

Seorang guru memberitahu, beliau sempat menarik masuk salah seorang pelajar yang cedera ke dalam bilik darjah bagi melindunginya.

Menurut polis, seorang guru mengejar lelaki bersenjata itu sehingga ke luar bangunan.

Suspek yang namanya tidak didedahkan kerana berusia remaja, berjaya ditahan berdekatan keretanya yang diletakkan kira-kira setengah kilometer dari sekolah berkenaan. 

Sumber: Guardian UK
logoblog

Thanks for reading Warga Sekolah Panik, Remaja Lepas Tembakan, 1 Maut 4 Cedera

Previous
« Prev Post

No comments: