Tuesday, March 13, 2012

146 Universiti di China Kumpulan Pertama Diiktiraf MQA

KUALA LUMPUR 13 Mac – Sebanyak 146 institusi pengajian tinggi (IPT) di China menjadi kumpulan pertama yang diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dari negara itu, dan senarainya diserahkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi hari ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pengiktirafan itu adalah susulan Perjanjian Pengiktirafan Seiring (MRA) yang ditandatangani Malaysia dan China pada 28 April tahun lepas.

Pelaksanaan MRA antara Malaysia dan China melalui bidang pengajian tinggi akan memberi banyak manfaat terutama dalam mempertingkatkan kerjasama di peringkat institut pengajian tinggi, katanya pada sidang media, di sini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Datuk Syed Ahmad Hussein yang turut hadir, berkata, senarai tersebut akan dikemas kini daripada semasa ke semasa.

Antara universiti China yang diiktiraf ialah Universiti Anhui, Universiti Beihang, Universiti Fudan dan Universiti Donghua. – BERNAMA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...