Saturday, March 24, 2012

150 calon UPSR sertai kem motivasi

  NR       Saturday, March 24, 2012

SEBAHAGIAN daripada calon UPSR yang menyertai kem motivasi anjuran PTP di Gelang Patah, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 22 Mac - Seramai 150 murid tahun enam dari 13 sekolah di kawasan Gelang Patah menyertai kem motivasi tahunan anjuran Pelabuhan Tanjung Pelelas (PTP) di sini, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PTP, Azlan Shahrim berkata, peserta yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini diajar pelbagai teknik dan kaedah menjawab soalan peperiksaan.

Beliau berkata, kem itu dikendalikan perunding profesional yang dipilih oleh PTP bagi membantu meningkatkan semangat dan minat para pelajar untuk berjaya.

"Program tahunan ini merupakan salah satu inisiatif kami bagi membantu masyarakat sekeliling dengan fokus utama untuk meningkatkan taraf pendidikan anak-anak di kawasan ini.

"Selain itu, kem ini juga bertujuan memberi input tambahan mengenai pembelajaran selain melengkapkan diri mereka dengan keyakinan dan motivasi lebih tinggi," katanya.

Selain kem motivasi itu, PTP juga merancang menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat termasuk kelas tuisyen percuma bagi calon UPSR, Program 3M Mastering dan lawatan sambil belajar ke universiti tempatan.

Azlan berkata, sebagai sebuah syarikat korporat yang prihatin, PTP sentiasa memberi penekanan terhadap pembangunan kesejahteraan dan sosioekonomi golongan berkenaan.

"Kem motivasi ini adalah antara salah satu usaha PTP dan kami berharap dengan sumbangan itu ia mampu membantu meningkatkan semangat murid untuk berusaha dengan lebih gigih," katanya.

- utusan
logoblog

Thanks for reading 150 calon UPSR sertai kem motivasi

Previous
« Prev Post

No comments: