Wednesday, March 21, 2012

20 Pelajar Tahun Akhir UiTM Sarawak Terima Anugerah Pelajar Terbaik

  NR       Wednesday, March 21, 2012
KUCHING 20 Mac - Seramai 20 pelajar tahun akhir Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak menerima Anugerah Pelajar Terbaik pada majlis makan malam pragraduan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, baru-baru ini.

Penerima anugerah tersebut dinilai berdasarkan kecemerlangan mereka dalam bidang akademik mengikut program pengajian diploma masing-masing.

Pada majlis sama, pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik), Abdul Wahiduzaman Manis turut diumumkan sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan di atas kecemerlangannya dalam bidang akademik mahu pun kokurikulum.

Kesemua anugerah tersebut disampaikan oleh Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga negeri, Datuk Fatimah Abdullah.

Hadir sama, Rektor UiTM Sarawak, Prof. Datuk Dr. Jamil Hamali; Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik), Prof. Madya Dr. Rosita Suhaimi; Timbalan Rektor (Penyelidikan dan Jaringan Industri), Prof. Madya Dr. Rashidah Mahdi dan Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Wan Akil Tuanku Abdullah.

Sementara itu, Dr. Jamil ketika berucap berkata, majlis makan malam tersebut bertujuan untuk meraikan 699 pelajar tahun akhir yang akan bergelar graduan tidak lama lagi.

"Diharap anugerah yang diberi dapat menyuntik semangat dan memberi inspirasi kepada pelajar lain supaya berusaha dengan gigih untuk mendapatkan keputusan dan gred yang cemerlang.

"Selain itu, kita juga berharap pelajar tidak mengabaikan aspek kemahiran insaniah dengan bergiat aktif dalam bidang kokurikulum sekali gus mengharumkan nama UiTM Sarawak," katanya.

- Utusan Sarawak
logoblog

Thanks for reading 20 Pelajar Tahun Akhir UiTM Sarawak Terima Anugerah Pelajar Terbaik

Previous
« Prev Post

No comments: