Tuesday, March 20, 2012

300 Pelajar di Kepala Batas Terima Komputer 1Malaysia

  Pengajar.Info       Tuesday, March 20, 2012

KEPALA BATAS: Sebanyak 300 komputer riba diagihkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi Projek Pengagihan Komputer 1Malaysia kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gemilang dan SMK Agama Al-Irshad di sini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, berkata program itu adalah satu daripada pelan kerajaan di bawah Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk meningkatkan kadar penembusan jalur lebar isi rumah negara.

"Kita berterima kasih kepada kerajaan kerana ramai pelajar di Parlimen Kepala Batas menerima komputer riba 1Malaysia untuk kemudahan dan kegunaan mereka di kawasan ini," katanya ketika berucap pada majlis Penyerahan Komputer Riba 1Malaysia di sini, hari ini.

Beliau percaya komputer yang diberikan secara percuma itu akan meningkatkan keupayaan dan prestasi pelajar dalam usaha kerajaan menjana modal insan yang cemerlang serta berpengetahuan luas. - BERNAMA 
logoblog

Thanks for reading 300 Pelajar di Kepala Batas Terima Komputer 1Malaysia

Previous
« Prev Post

No comments: