Monday, March 05, 2012

33 Belia Sertai Kursus Pengurusan Loji dan Penyembelihan Halal


KOTA TINGGI 4 Mac - Seramai 33 penduduk termasuk golongan belia menyertai Kursus Pengurusan Loji dan Penyembelihan Halal anjuran bersama pejabat kadi daerah dan Jawatankuasa Badan Ikhtisat dan Kebajikan UMNO Cawangan Kampung Makam di sini baru-baru ini.

Kursus sehari di Dewan Serbaguna Taman Koguna itu bertujuan mempelajari pengurusan loji dan penyembelihan yang betul.

Ketua UMNO Cawangan Kampung Makam, Idris Abu Bakar berkata, program itu adalah sebahagian daripada dakwah bilhal yang dijalankan kepada penduduk Islam.

"Selepas mengikuti program ini mereka juga boleh menawarkan kemahiran dengan bertugas di pusat penyembelihan ayam bagi memastikan daging dijual adalah halal," katanya.

- Utusan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...