Monday, March 26, 2012

737 Terima Diploma, Sijil di Majlis Konvokesyen Ke-10 Politeknik Merlimau

  NR       Monday, March 26, 2012

NUR Fathiyah Jauhari menerima Anugerah Pengarah daripada Dr. Saharudin Ismail sambil diperhatikan oleh Dr. Arshad Kassim (kiri) dan ibunya, Zarina Ahmad (kanan) pada Majlis Konvokesyen Ke-10 Politeknik Merlimau di Jasin, Melaka, kelmarin.

JASIN 25 Mac - Seramai 737 graduan Politeknik Merlimau menerima diploma dan sijil pada sidang pertama dan kedua istiadat konvokesyen yang berlangsung di sini semalam.

Mereka terdiri daripada graduan Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Perdagangan serta Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti.

Pengarahnya, Dr. Arshad Kassim berkata, tahun ini merupakan detik bersejarah buat Politeknik Merlimau kerana menjangkau usia 10 tahun.

"Sehingga kini seramai 11,112 graduan telah dilahirkan dalam bidang kejuruteraan, perdagangan serta pelancongan dan hospitaliti.

"Modal insan berkemahiran serta berpengetahuan yang dilahirkan ini menyumbang kepada keperluan negara bagi mencapai hasrat kerajaan untuk menjadi negara maju menjelang 2020.

"Majlis Konvokesyen Ke-10 pada hari ini menjadi bukti keutuhan kami melahirkan graduan berpengetahuan dan berkemahiran yang mampu menyumbang tenaga mahir seperti disasarkan melalui Model Baru Ekonomi di mana negara memerlukan 3.3 juta pekerja mahir meliputi 1.5 juta orang dalam bidang teknikal dan vokasional," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada istiadat itu yang berlangsung gilang-gemilang.

Turut hadir Setiausaha Bahagian Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi, Dr. Saharudin Ismail.

Pada istiadat itu, graduan Kejuruteraan Elektrik Komputer, Nur Fathiyah Jauhari, 22, dipilih sebagai penerima Anugerah Pengarah.

Anak sulung daripada empat beradik itu memperoleh purata nilai gred kumulatif 3.85 pada semester terakhir dan mendapat Anugerah Ketua Jabatan pada setiap semester.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading 737 Terima Diploma, Sijil di Majlis Konvokesyen Ke-10 Politeknik Merlimau

Previous
« Prev Post

No comments: