Wednesday, March 14, 2012

9 Pelajar Sekolah Menengah Digantung 2 Minggu Buli Murid Thn 1

Suzianawati Mohamad bersama Faqrul Hakimi Mohd. Kamarulzaman di luar rumah anak yatim di Taman England, Seremban 

SEREMBAN: Sembilan pelajar sebuah sekolah menengah, di sini digantung persekolahan dua minggu selepas didapati terbabit membuli dan memukul seorang murid Tahun Satu hingga lebam seluruh badan di Sikamat, di sini, awal bulan ini. 

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Abdullah Hanapi, berkata pelajar terbabit adalah penghuni rumah anak yatim yang didiami mangsa.

Katanya, siasatan mendapati penyelia rumah anak yatim berkenaan hanya mengetahui kejadian itu selepas ibu mangsa, Suzianawati Mohamad, 33, datang ke rumah kebajikan berkenaan pada jam 7.30 petang 2 Mac lalu, iaitu tiga hari selepas kejadian.

“Pejabat Pelajaran Negeri memaklumkan kes itu berlaku di rumah anak yatim berkenaan selepas sembilan pelajar senior tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa membuang air kecil pada tualanya dan tidak menyidainya dengan baik. 

“Dua daripada tujuh pelajar terbabit dihantar pulang ke rumah masing-masing manakala lima lagi dikenakan tindakan gantung persekolahan,” katanya, semalam. 

Minggu lalu, akhbar ini melaporkan murid terbabit trauma untuk ke sekolah selepas dipercayai dipukul hingga menyebabkan seluruh anggota badannya lebam. 

Abdullah berkata, pihaknya belum dapat bertemu mangsa dan ibunya untuk mendapatkan penjelasan lanjut kerana mereka pulang ke kampung di Jempol.

- BH

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...