Friday, March 09, 2012

Bekas Guru Tembak Mati Pengetua Sekolah


Polis Sedang menyiasat di Episcopal School of Jacksonville


JACKSONVILLE (Florida): Seorang lelaki bersenjata menembak mati seorang pengetua sekolah menengah semalam sebelum menembak dirinya, kata pihak berkuasa.

Sekolah Menengah Episcopal di Jacksonville berkata mereka amat sedih apabila pengetua sekolah itu,terbunuh tengah hari semalam. “Takziah kepada keluarga beliau dan kami meminta sokongan dan doa anda saat ini,” kata sekolah itu dalam satu kenyataan.

Sumber di sekolah itu memberitahu media, penyerang adalah bekas guru bahasa Sepanyol yang tidak berpuas hati dan melepaskan tembakan daripada senjata yang diseludup masuk ke kawasan sekolah yang disembunyikan dalam bekas guitar. Polis tidak dapat mengesahkan identiti penyerang itu. 

Sumber: Jacksonville

No comments: