Friday, March 23, 2012

Cadangan SPR Perkenal Subjek Mengundi, Pilihan Raya Perlu Kajian

  NR       Friday, March 23, 2012
SEREMBAN: Kementerian Pelajaran menyambut baik cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar subjek mengenai pilihan raya diperkenalkan di sekolah bertujuan membantu pelajar memahami sistem pemerintahan negara. 

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata ia memerlukan satu kajian lebih menyeluruh oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum kementerian itu.

"Ini kerana ia melibatkan guru, jadual dan kita kena lihat kita nak mula mengajar itu di peringkat mana, rendah atau menengah. Mungkin kita boleh fikirkan dibuat secara merentas kurikulum iaitu ia menumpang subjek-subjek sedia ada, sama ada subjek sejarah, kajian tempatan dan sebagainya.

"Mungkin kita boleh masukkan elemen itu di situ tapi pada saya, ia perlukan satu kajian yang menyeluruh supaya apabila dilaksanakan nanti ia benar-benar berkesan dan saya rasa mungkin tujuannya lebih kepada untuk menimbulkan kefahaman dan kesedaran," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Terdahulu, beliau merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Wawasan, Seremban 2. Turut hadir Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan Datuk Abdul Halim Abdul Razak. - BERNAMA 
logoblog

Thanks for reading Cadangan SPR Perkenal Subjek Mengundi, Pilihan Raya Perlu Kajian

Previous
« Prev Post

No comments: