Thursday, March 08, 2012

Chong Tze Lung, Pelajar SMK Kubong Diumum Pelajar Cemerlang STPM 2011 Peroleh 4A


LIMBANG: Seorang pelajar aliran sains, Chong Tze Lung daripada SMK Kubong diumumkan sebagai pelajar cemerlang selepas memperolehi 4A dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diumumkan secara serentak di seluruh negara semalam.

Seorang lagi pelajar Doris Ting Yii Chieh mendapat 3A1B, manakala empat pelajar mendapat 2A2B dalam keputusan sama.

Mereka ialah Nurul Atira, Syakilla Symree, Adillatul Hasif Nasah dan Mclly Adrian Simon.

Sementara itu, tujuh pelajar yang memperolehi 1A3B termasuk  Siti Nor Azwa Bujang, Canigga David, Nornazirah Japar, Ceronica Teo, Norbazillah Zahri, Syvestio Bentinie Morni dan Siti Amira Amang.

Seramai 174 pelajar menduduki peperiksaan STPM di sekolah itu yang menyaksikan pencapaian peratusan kelulusan sebanyak 75 peratus berbanding 81.8 peratus tahun lepas.

- UB

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...