Thursday, March 22, 2012

Disney Lancar Produk Belajar Bahasa "Language Learning Read Along: Toy Story 3"

  NR       Thursday, March 22, 2012

SINGAPURA, 19 Mac (Bernama) -- Disney Publishing Worldwide (DPW), penerbit buku dan majalah kanak-kanak terbesar di dunia, akan meningkatkan kehadiran di dalam ruang pembelajaran digital dengan pelancaran produk pembelajaran bahasanya yang pertama.

"Language Learning Read Along: Toy Story 3" akan mengembangkan asas produk pendidikan DPW melalui pendekatan inovatif berasaskan sejarah pengajaran bahasa Inggeris syarikat itu yang panjang. 

Kaedah itu akan diperkenalkan di AS, China, Singapura dan tambahan 25 negara di Eropah dan Asia.

"Sedang media digital terus memberi kesan kepada cara pembelajaran kanak-kanak, terpulanglah kepada kita untuk mewujudkan produk yang meningkatkan pengalaman," kata Presiden DPW Russell Hampton.

"Disney bermalamat membawa kandungan paling kreatif kepada kanak-kanak dan keluarga di seluruh dunia melalui teknologi inovatif."

"Dalam hubungan itu, kaedah pembelajaran bahasa kami menyediakan matlamat itu sambil membolehkan kanak-kanak membaca dan mempelajari di mana sahaja, bila-bila masa dan bila mereka kehendaki menggunakan peranti mudah alih masing-masing," katanya di sini hari ini.
   
Kaedah itu adalah yang pertama dalam siri buku cerita Disney yang menyatukan magik Disney dengan kaedah pembelajaran bahasa yang telah terbukti kesannya di mana kanak-kanak mempelajari perbendaharaan kata dan tatabahasa utama bahasa Inggeris dan Mandarin.   -- BERNAMA
logoblog

Thanks for reading Disney Lancar Produk Belajar Bahasa "Language Learning Read Along: Toy Story 3"

Previous
« Prev Post

No comments: