Thursday, March 08, 2012

Guru Ganti SMKA Durian Guling Pelajar Terbaik STPM 2011 Terengganu



Abdul Rahim Abdullah dijulang oleh rakan-rakannya selepas diumumkan sebagai pelajar terbaik STPM negeri Terengganu di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling, Marang, semalam.

MARANG 7 Mac - Suasana Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Durian Guling yang sepi ekoran kebanyakan pelajar sedang menduduki peperiksaan bertukar riuh-rendah dengan sorakan dan ucapan tahniah hari ini.

Suasana itu dapat dilihat apabila pelajar sekolah itu mengetahui salah seorang 'cikgu' di sekolah tersebut diumum pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 peringkat negeri.

Abdul Rahim Abdullah, 20, yang juga merupakan guru ganti mata pelajaran Bahasa Arab sejak sebulan lalu merupakan salah seorang daripada 83 calon sekolah itu yang menduduki peperiksaan berkenaan.

- Utusan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...