Sunday, March 25, 2012

Guru Wanita Digantung Tugas Kerana Hormati Penyerang Yahudi

  NR       Sunday, March 25, 2012

MOHAMED maut dalam serbuan kelmarin.

ROUEN (Perancis): Kerajaan semalam menggantung tugas seorang guru kerana dituduh meminta pelajarnya bertafakur seminit bagi menghormati Mohamed Merah sehari selepas penyerang bersenjata api itu ditembak mati.

Menteri Pendidikan Perancis, Luc Chatel, mengarahkan guru wanita terbabit dikenakan tindakan selepas dia berkata kepada pelajarnya, Mohamed seorang “mangsa” dan hubungan lelaki itu dengan al-Qaeda direka media serta “Sarko” - gelaran yang merujuk kepada Presiden Nicolas Sarkozy.

Pegawai pendidikan tempatan, Florence Robine, berkata langkah penggantungan serta-merta itu diputuskan serentak dengan perintah melarang guru terbabit memasuki sekolahnya.

“Bagaimanapun, penggantungan ini tidak bermakna guru terbabit bersalah,” katanya.

Perwakilan pelajar yang menduduki tahun akhir di utara bandar Rouen menulis kepada pengetua sekolah berkenaan bagi menyatakan rasa “terkejut” dengan pendirian guru terbabit.

Insiden itu dilaporkan berlaku ketika guru wanita itu mengajar subjek bahasa Inggeris.

Dia didakwa memberi penghormatan kepada Mohamed - yang mendakwa dirinya sebagai anggota al-Qaeda dan bertanggungjawab membunuh tujuh orang, termasuk tiga tentera dan kanak-kanak Yahudi.

Sebahagian besar pelajar kelas itu keluar, manakala selebihnya tidak berganjak da “cuba memahami apa yang diperkatakan” guru terbabit. 

Sumber: Daily Mail
logoblog

Thanks for reading Guru Wanita Digantung Tugas Kerana Hormati Penyerang Yahudi

Previous
« Prev Post

No comments: