Thursday, March 08, 2012

"Hadiah Buat Arwah Ibu" - OKU Antara 5 Pelajar Cemerlang SMK Kota



Anis Nabilah menerima kucupan tahniah daripada ayahnya, Wahab Mat Jasin di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 7 Mac - Demi menggembirakan hati ibu yang bertarung nyawa melawan kanser ovari membuatkan Muhammad Zulhilmi Mohd. Salleh membulatkan tekad untuk belajar bersungguh-sungguh.

Niat murni Muhammad Zulhilmi akhirnya membuahkan hasil apabila pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kota, Kota Bharu, Kelantan itu diumumkan sebagai salah seorang daripada lima pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 yang diumumkan hari ini.

Namun kejayaannya tetap disusuli dengan perasaan terkilan oleh anak bongsu daripada tujuh adik-beradik itu kerana ia tidak sempat dikongsi bersama ibunya yang baru 45 hari dijemput Ilahi.

“Kejayaan ini untuk arwah ibu saya, biarpun dia sendiri berlawan dengan penyakit, arwah ibu tidak pernah berhenti memberikan nasihat dan dorongan untuk saya terus maju dalam pelajaran.

- Utusan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...