Friday, March 16, 2012

Info Pameran Pendidikan StudyMalaysia 2012 di Sabah, Sarawak


KUCHING: Pameran Pendidikan StudyMalaysia 2012 kembali semula ke Kepulauan Borneo (Sabah dan Sarawak).

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan ibu bapa dijemput menghadiri pameran tersebut bagi mendapatkan maklumat tepat bagi melanjutkan pelajaran.

Pameran dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Jabatan Pelajaran Sabah dan Sarawak.

Pusat beli-belah Suria, Kota Kinabalu akan dilawati bagi pameran pertama pada 17 dan 18 Mac diikuti Kuching pada 24 dan 25 Mac dan Sibu pada 31 Mac dan 1 April.

Tiada bayaran dikenakan dan dibuka bermula 10 pagi sehingga 5 petang.

Antara insitusi pengajian tinggi (IPT) yang terlibat sama adalah ALFA International College, Allianze University College of Medical Sciences, Asia e Universiti, Berjaya University College of Hospitality, CITY University College, HELP University, Imperia Institute of Technology, Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia, International Medical University dan INTI International University & Colleges.

Turut sama, KBU International College, KDU University College, KLC Placement Services, Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak, Kolej TAFE Seremban, Kolej Tunku Abdul Rahman, Kolej Yayasan Sabah, KPJ International University College of Nursing and Health Sciences, Kuala Lumpur Infrastructure University College, Kuala Lumpur Metropolitan University College.

Labuan International School, Limkokwing University of Creative Technology, MACEE, MAHSA University College, Malaysian Institute of Art, Masterskill College of Nursing & Health Sciences, Multimedia University, Newcastle University Medicine Malaysia, Nilai University College, Open University Malaysia, Quest International University Perak, Raffles University Iskandar, SEGi University College, Sidma College Sarawak, Sime Darby Nursing and Health Sciences College, The Otomotif College, Times Academy, Tun Tan Cheng Lock College of Nursing, Wawasan Open University, UCSI University, Universiti Malaysia Kelantan, UTMSPACE dan Study in Australia.

Bagaimanapun, menurut kenyataannya semalam tidak semua pempamer akan terlibat di setiap lokasi dan bakal berubah mengikut ketetapan pihak penganjur.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.studymalaysia.com/exhibition atau menghubungi 03-7880 3837 atau e-melkan keconsult@studymalaysia.com

- Utusan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...