Monday, March 19, 2012

Info Permohonan Ke Politeknik Ambilan Jun 2012

Disediakan Oleh: Pengajar.Info 
  • Permohonan kemasukan ke Politeknik KPT bagi lulusan Sijil / Diploma secara online dibuka mulai 4 Mac 2012 sehingga 3 April 2012 di http://www.politeknik.edu.my.
  • Mulai Sesi Jun 2012, lepasan Sijil Kejuruteraan Pertanian, Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) kini berpeluang melanjutkan pengajian ke program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian) di Politeknik KPT. Permohonan boleh dibuat secara online di http://www.politeknik.edu.my.
  • Calon lulusan SPM boleh memohon 13 pilihan program pengajian melalui 1 nombor UNIK ID :
    8 pilihan program IPTA / Politeknik Premier
    5 pilihan program TEVT (Politeknik) / ILKA
    dengan klik butang permohonan di bawah atau layari http://upu.mohe.gov.my.
Program Pengajian: 
Program Diploma Lanjutan
Program Diploma
Program Diploma Politeknik Premier
Program Diploma Politeknik Konvensional / METrO

Makluman:

Pembelian Nombor PIN
- Untuk mengisi borang permohonan, pemohon mesti mengisi nombor kad pengenalan dan nombor PIN.

- Nombor PIN tersebut boleh dibeli di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran RM 10.60. Sila nyatakan
 kelayakan SPM/Setaraf semasa membeli nombor PIN.

- Sila pastikan slip pembayaran BSN dicetak dengan nombor kad pengenalan pemohon yang betul serta terdapat enam (6) digit nombor PIN setelah pembayaran dibuat.
 

- Nombor PIN ini sah untuk semua kategori permohonan ke Politeknik.

Iklan Tawaran Pengajian ke Politeknik Bagi Lepasan Diploma/Sijil Politeknik, Sijil Kolej Komuniti dan Program Sijil Kemahiran Khas Politeknik (Lulusan SPM Bekeperluan Khas) Sesi Jun 2012

Sila rujuk iklan tawaran di akhbar-akhbar seperti di bawah:
Akhbar
Tarikh Iklan
Berita Minggu & Kosmo Ahad
4 Mac 2012
Sin Chew Jit Poh & Tamil Nesan
11 Mac 2012
Metro Ahad & Borneo Post
18 Mac 2012
The Star
25 Mac 2012

Maklumat Lanjut Sila Layari : Laman Web Politeknik


Permohonan akan ditutup pada 2 April 2012.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...