Wednesday, March 07, 2012

Jumlah Pelajar Dari Uzbekistan di Malaysia Dijangka Terus Bertambah


TASHKENT (Uzbekistan): Lebih ramai pelajar Uzbekistan dijangka melanjutkan pengajian mereka di Malaysia dalam tempoh beberapa tahun akan datang, kata Duta Besar Malaysia ke Uzbekistan, Abdul Aziz Harun. 

Beliau berkata, pada masa ini kira-kira 700 penuntut Uzbekistan sedang mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang di Malaysia dan angka itu dijangka terus bertambah.

"Saya akan pastikan lebih banyak pelajar Uzbekistan memilih Malaysia untuk meneruskan pengajian mereka," katanya pada majlis makan malam meraikan delegasi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sini malam tadi. - BERNAMA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...