Sunday, March 04, 2012

Majlis Perwakilan Pelajar USM Giat Daftar Pengundi


MAJLIS Perwakilan Pelajar USM akan turun padang bertemu warga kampus itu bagi memberi kesedaran agar mendaftar sebagai pengundi. - Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Malaysia (USM) akan turun padang bertemu warga kampus itu bagi memberi kesedaran agar mendaftar sebagai pengundi.
Yang Dipertuanya, Muhammad Idzuan Jamalludin berkata, pihaknya akan mengambil inisiatif tersebut seperti mengedarkan risalah ke kolej kediaman berhubung peranan mahasiswa sebagai pengundi muda.
Menurut beliau, MPP USM akan mengusulkan perkara itu kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar USM bagi mencari pendekatan paling sesuai, termasuk bekerjasama dengan persatuan-persatuan pelajar.
“Sebenarnya perkara sama pernah dilakukan pada semester lalu menerusi pembukaan kaunter pendaftaran pengundi di pejabat MPP USM dan kempen bertemu pelajar tetapi kurang mendapat sambutan.
“Mahasiswa yang layak mendaftar sebagai pengundi perlu menggunakan hak mereka bagi memilih pemimpin (di kawasan masing-masing), justeru amat rugi jika kelebihan ini tidak direbut,” ujarnya kepada Kosmo! Ahad semalam.
- Kosmo

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...