Saturday, March 24, 2012

MR1M Akan Diperluaskan Ke Semua IPT Selewat-Lewatnya Hujung Tahun Ini

  NR       Saturday, March 24, 2012
Ismail Sabri Yaakob bersarapan bersama Perwakilan Gerakan Pengguna Siswa dengan Menu Rakyat Satu Malaysia di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, semalam. 


KUALA LUMPUR 15 Mac - Semua mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) boleh menikmati sarapan pagi dan makan tengah hari pada harga istimewa apabila program Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) diperluaskan di seluruh IPT selewat-lewatnya penghujung tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini sebanyak 40 IPT sudah menyertai program itu sejak dilancarkan pada 7 Julai lalu.

''Perkara ini adalah selari dengan kehendak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengurangkan bebanan pelajar akibat kos sara hidup yang tinggi ketika ini.

''Keutamaan kita agar seluruh IPT awam menyertai program ini namun kita turut berharap IPT swasta juga mengambil bahagian,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Pengguna kali pertama, di sini hari ini.

Menu Rakyat 1Malaysia menawarkan harga sangat berpatutan contohnya untuk sarapan pagi restoran di Semenanjung adalah RM2 dan makan tengah hari pula hanya RM4.

Ismail Sabri berkata, selain program MR1M, produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) juga disasarkan dapat dijual di seluruh koperasi IPT bagi memenuhi permintaan mahasiswa.

Katanya, kementerian juga bakal mengeluarkan kad diskaun kepada mahasiswa sebelum Jun ini bagi membolehkan golongan itu membeli barangan keperluan pada harga lebih rendah.

Tambah beliau, pada masa ini, kementerian sedang berbincang dengan pihak pembekal yang terlibat untuk memberikan potongan bagi pembelian seperti buku, peralatan sukan dan tambang pengangkutan awam.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading MR1M Akan Diperluaskan Ke Semua IPT Selewat-Lewatnya Hujung Tahun Ini

Previous
« Prev Post

No comments: