Wednesday, March 21, 2012

Pameran Pendidikan Tinggi Malaysia 2012 di Sabah, 40 Buah IPT Sertai Pameran

  NR       Wednesday, March 21, 2012

KOTA KINABALU 20 Mac - Pameran Pendidikan Tinggi Malaysia 2012 di Sabah baru-baru ini mendapat sambutan menggalakkan apabila sebanyak 40 buah institut pengajian tinggi awam dan swasta menyertai pameran itu yang diadakan di kompleks beli-belah Suria Sabah.

Antaranya Kolej Antarabangsa Alfa, Kolej Universiti Nilai, Kolej Universiti Segi, Kolej Universiti Perubatan Sains Allianze, Kolej Yayasan Sabah (KYS), Kolej Perkembangan Kanak-Kanak dan Institut Seni Malaysia.

Program tahunan itu dianjurkan dan dikelolakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

Pembantu Pengarah (Perhubungan Awam dan Antarabangsa) Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Abdul Saman Taip berkata, pameran itu menyediakan pelbagai maklumat berkaitan peluang-peluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi.

''Kebanyakan yang datang ke pameran ini ialah calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dari seluruh Sabah," katanya di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Abdul Saman menasihati pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi agar meneliti terlebih dahulu sama ada program yang ditawarkan itu diiktiraf oleh MQA.

Beliau berkata, ia bagi mengelak kerugian akibat mengambil kursus yang tidak mendapat pengiktirafan MQA.

''Ia akan membuang masa dan perbelanjaan pelajar. Justeru, kita nasihatkan agar mereka menyemak betul-betul kursus yang ditawarkan oleh kolej atau universiti," ujarnya.

Menurutnya, maklumat lanjut mengenai MQA boleh didapati dengan melayari laman web www.mqa.gov.my/mqr atau e-mail kepada akreditasi@mqa.gov.my.

- Utusan 
logoblog

Thanks for reading Pameran Pendidikan Tinggi Malaysia 2012 di Sabah, 40 Buah IPT Sertai Pameran

Previous
« Prev Post

No comments: