Saturday, March 24, 2012

Persatuan Guru Bimbingan & Kaunseling Sri Aman Anjur Pameran Pendidikan di Dewan Suarah Sri Aman, 30 Mac


SRI AMAN, Rabu (21 Mac) – Persatuan Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sarawak Zon Sri Aman akan menganjurkan Pameran Pendidikan bertempat di Dewan Suarah Sri Aman pada 30 Mac ini.

Jurucakap penganjur, Lucy Chuo berkata pameran yang akan bermula dari 8.30 pagi hingga jam 3 petang di Dewan Suarah Sri Aman itu turut mendapat kerjasama daripada Syarikat Minda Inovatif.

“Pameran Pendidikan anjuran Persatuan Guru Bimbingan Dan Kaunseliong Sarawak Zon Sri Aman dan Minda Inovatif ini akan disertai oleh institusi-institusi pengajian tinggi, Institut Kemahiran Belia dan Yayasan Sarawak.

“Tujuan Pameran Pendidikan ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan lanjut berhubung peluang melanjutkan pelajaran, tawaran kursus dan cara mendapatkan bantuan kewangan kepada mereka yang hadir pada pameran tersebut,” katanya.

Chuo turut memberitahu bahawa semua pelajar sekolah menengah, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan ibubapa tidak harus melepaskan peluang untuk berkunjung ke pameran terbabit.

Justeru pihaknya berharap agar orang awam terutama sekali para pelajar dari sekitar kawasan Sri Aman, Lubok Antu, Betong dan Sarawak tidak melepaskan peluang untuk datang ke pameran berkenaan pada masa yang telah dinyatakan.

“Mereka yang ingin mengetahui keterangan lebih lanjut tentang Pameran Pendidikan pada 30 Mac ini nanti boleh menghubungi saya sendiri menerusi talian telefon 019-8187708,” menurut beliau.

- Utusan Sarawak / Sri Aman News

No comments: