Tuesday, March 20, 2012

Program Bersama KPM Tahun 2012 di Dewan Perdana, Lahad Datu, Sabah

  NR       Tuesday, March 20, 2012


Program Bersama KPM Tahun 2012 telah diadakan pada 3 Mac 2012 di Dewan Perdana, Lahad Datu, Sabah dengan penyertaan 400 peserta.  Program Turun Padang bagi mempromosi serta memberi penerangan dan penjelasan mengenai dasar-dasar baru KPM dianjurkan oleh Unit Komunikasi Korporat, KPM dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Lahad Datu dan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

Program yang berbentuk forum terbahagi kepada tiga sesi di mana 10 ahli panel utama yang dilantik dari bahagian-bahagian yang terlibat dengan dasar-dasar baru KPM telah memberi penerangan mengenai Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) dan 1Murid 1Sukan (1M1S).

Selain sesi taklimat dan penjelasan, peserta-peserta yang terdiri daripada Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah, warga pendidik, wakil-wakil PIBG serta ibu bapa juga diberi peluang untuk mengemukakan soalan secara terus kepada panel utama yang terdiri daripada Pegawai-Pegawai dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Lembaga Peperiksaan Malaysia, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Bahagian Pendidikan Guru, Bahagian Buku Teks, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Bahagian Sukan dan Bahagian Pendidikan Khas.

Program Bersama KPM 2012 ini merupakan kesinambungan kepada Program Bersama KPM 2011 yang telah diadakan sebanyak 9 Kali di peringkat negeri dengan melibatkan penyertaan diantara 1,000 hingga 1,500 peserta. 












Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelajaran Malaysia
Mac 2012
logoblog

Thanks for reading Program Bersama KPM Tahun 2012 di Dewan Perdana, Lahad Datu, Sabah

Previous
« Prev Post

No comments: