Wednesday, March 21, 2012

Remaja Beli Topup Kredit Hp Tidak Hilang Tetapi Lari Bersama teman Lelaki

  NR       Wednesday, March 21, 2012

KUANTAN 21 Mac – Remaja perempuan yang ditemui dua hari selepas dia dikatakan diculik ketika membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lalu, akhirnya mengaku kepada polis bahawa dia sebenarnya tidak diculik.

Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, mengaku dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya berusia 26 tahun setelah mengalami tekanan emosi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner T. Narenasagaran berkata, pengakuan itu dibuat ketika polis menyoal siasat gadis itu selepas dia ditemui di rumah keluarga teman lelakinya di Kampung Merchong dekat Pekan, petang semalam.

Menurut beliau, polis mendapati Siti Nur Fatihah bukan diculik setelah menyiasat remaja itu dan dia mengaku keluar dari rumah secara sukarela dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak. - UTUSAN

logoblog

Thanks for reading Remaja Beli Topup Kredit Hp Tidak Hilang Tetapi Lari Bersama teman Lelaki

Previous
« Prev Post

No comments: