Sunday, March 04, 2012

Saingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2012 Bermula Esok


SEBAHAGIAN peserta berbincang sebagai persiapan akhir sebelum menyertai PABM di Bangi semalam.

KUALA LUMPUR - Bahang Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2012 yang akan memulakan peringkat saringan esok kian dirasai oleh peserta dengan melakukan persiapan akhir.
Seramai 70 peserta terbabit kini giat berlatih tajuk pidato pilihan masing-masing bagi memastikan mereka dapat melakukan yang terbaik.
Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Penghakiman Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia Madum, Mazlena Mohamad Hussain berkata, kebanyakan peserta sudah membuat persiapan lebih awal setelah mendapat tajuk pidato.
"Mereka juga sudah mempunyai teks pidato dan kita di peringkat Madum hanya membantu memperbaiki beberapa ayat yang digunakan selain seni intonasi dan gaya penyampaian katanya ketika ditemui pada Bengkel Insentif PABM di Hotel Residence, Bangi semalam.
Seramai sepuluh orang fasilitator yang terdiri daripada bekas pendebat dan peserta PABM akan membantu pemidato sehingga selesai pertandingan.
- Kosmo

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...