Sunday, March 04, 2012

SM Riam Road Dinobatkan Juara Keseluruhan MSS Bahagian Miri 2012

MIRI: Sekolah Menengah (SM) Riam Road dinobatkan sebagai juara keseluruhan pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) Bahagian Miri 2012 di sini, petang kelmarin (Jumaat).

SM Riam Road muncul juara setelah mengumpul mata keseluruhan 560 dengan mengumpul 54 pingat emas, 33 perak dan 24 gangsa.

SMK Chung Hua Miri terpaksa berpuas hati di tempat kedua setelah meraih 371 mata dengan memunggut 28 emas, 29 perak dan 17 gangsa sementara SMK Lutong menduduki tempat ketiga dengan enam emas, 12 perak dan 15 gangsa.

Kejohanan anjuran bersama SMK Lutong dan SMK Baru Miri itu berlangsung selama empat hari (28 Februari hingga 2 Mac) di Stadium Terbuka Miri dan disertai sebanyak 30 kontinjen sekolah menengah di bahagian ini.

Sepanjang empat hari kejohanan, sebanyak 27 acara dipertandingkan iaitu lapan acara padang dan 19 acara balapan.

Antara lain, kejohanan bertujuan untuk memilih atlet-atlet terbaik Miri ke Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Sarawak (MSSS) yang bakal dilangsungkan di Sibu pada pertengahan April depan.

- UB

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...