Thursday, March 22, 2012

SPM 2011: Dua Pelajar Kelainan Upaya Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Dapat 10A 1B

  NR       Thursday, March 22, 2012

DUNGUN – Dua pelajar kelainan upaya dari Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di sini melakar sejarah tersendiri apabila mencatat keputusan 10A 1B dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang diumumkan Rabu.

Muhammad Azizi Mohd Rashdi, 17, dari Kampung Denger, Besut tidak menyangka memperolehi keputusan cemerlang itu kerana hanya mendapat 5A dalam peperiksaan percubaan.

Beliau yang mengalami masalah pendengaran sejak lahir mengakui guru dan rakan di sekolah banyak membantunya dalam kelas dengan memberinya peluang untuk duduk di kerusi paling depan dan memberi penerangan untuk sesuatu topik yang kurang difahami.

Anak ketujuh dari sembilan beradik itu berkata masalah pendengaran bukanlah halangan untuk dia berusaha melakukan yang terbaik dalam pelajaran, demi masa depannya.

Bagi Nurul Alwani Mohd Zaib, 17, yang mengalami masalah sakit saraf di bahagian tulang belakang pula, kejayaan itu ternyata berbaloi dengan pengorbanannya menahan kesakitan beberapa bulan sebelum menduduki peperiksaan SPM. – BERNAMA
logoblog

Thanks for reading SPM 2011: Dua Pelajar Kelainan Upaya Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Dapat 10A 1B

Previous
« Prev Post

No comments: