Wednesday, March 21, 2012

SPM 2011 Kelantan: 92.65% Calon Layak Dapat Sijil, 23 Sekolah 100% Lulus

  NR       Wednesday, March 21, 2012
KOTA BHARU 21 Mac - Sebanyak 92.65 peratus daripada 35,883 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 di negeri ini layak mendapat sijil.

Pengarah Pelajaran Negeri, Hussain Awang berkata, sebanyak 23 buah sekolah mencapai kelulusan 100 peratus termasuk dua buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), berbanding 22 buah sekolah pada SPM 2010.

Beliau berkata, bilangan calon cemerlang dengan semua mata pelajaran A juga meningkat daripada enam orang pada SPM 2010 kepada 18 orang.

"Keseluruhan calon cemerlang sekurang-kurangnya semua A- adalah seramai 358 orang iaitu 18 orang cemerlang tertinggi semua A dan 340 orang cemerlang sekurang-kurangnya semua A- bagi semua mata pelajaran yang diambil. Jumlah ini mewakili 1.29 peratus keseluruhan calon sekolah kerajaan pada 2011.

"Berbanding pada tahun 2010, seramai 278 orang calon memperoleh kecemerlangan, enam orang mendapat A dan 272 orang cemerlang sekurang-kurangnya A-, mewakili 0.98 pratus bagi tahun tersebut.

"Keadaan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 0.31 peratus atau seramai 80 orang calon," katanya ketika mengumumkan keputusan SPM 2011 di Bilik Gerakan Jabatan Pelajaran Negeri di sini, hari ini. 

- Utusan

logoblog

Thanks for reading SPM 2011 Kelantan: 92.65% Calon Layak Dapat Sijil, 23 Sekolah 100% Lulus

Previous
« Prev Post

No comments: