Thursday, March 22, 2012

SPM 2011 MRSM Mukah 100% Lulus, GPS 2.31, 4 Pelajar 9A

  NR       Thursday, March 22, 2012
Pelajar cemerlang MRSM bersama pengetua Haji Azman Manap (2 dari kanan)  

Fabian dan Esther bersama slip SPM


Maktab Rendah Sains MARA Mukah (MRSM Mukah) mencatat keputusan memberansangkan pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011  yang diumumkan pada hari ini.

Empat daripada 46 pelajarnya yang menduduki peperiksaan itu telah memperolehi semua A dalam sembilan matapelajaran.

Mereka ialah Fabian Davien Nicholas, Easter Hennie Siyu Bt Henry, Vivien Jane Ak Kenneth dan Sylviana Ak Jones.

Matapelajaran tersebut ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Mathematics, Additional Mathematics, Physics, Chemistry dan Biology.

Pengetua MRSM Mukah, Haji Azman Manap, menganggapkan pencapaian tersebut sebagai amat membanggakan kerana ia adalah peperiksaan yang pertama disertai oleh institusi yang mula beroperasi pada petengahan tahun 2010 itu.

“Saya amat berpuas hati dengan pencapaian tersebut dan kelulusan adalah 100 peratus, Di segi Gred Purata Sekolah(GPS) kita memperolehi 2.31. Mereka ini adalah pelajar pertama MRSM semenjak ia mula beroperasi pada tahun 2010,” ujarnya.

Beliau juga mendedahkan bahawa daripada 46 calon, 100% memperolehi  A in Moral, 95.65%(Mathematics), 86.95%(Bahasa Melayu), 82.60%(Sejarah), 71.7%(B. Inggeris) dan 45.65%(Biology).

“Keputusan ini juga membuktikan bahawa pelajar luar bandar boleh cemerlang dalam matapelajaran sains seperti Mathematics, Biologi dan sebagainya. Saya juga berharap ia juga mampu mempertingkatkan pencapaian Mukah amnya,” ujarnya ketika ditemui oleh media di Dewan Setia Raja MRSM Mukah.

Juga menemani beliau pada masa itu ialah Timbalan Pengetua(HEA), Abu Zaki Ahmad Affendi, Timbalan Pengetua(HEP), Abdul Aziz Baba, dan Penolong Pegawai Pentabbir MRSM Mukah, Dihem Jahit.

Sementara itu, dua pelajar kembar dari SMK Three Rivers adalah di antara empat pelajar  yang cemerlang pada SPM 2011 bagi sekolah perdana itu.

Dua beradik kembar tersebut  ialah Asyikin Bt. Mohamad dan Allina Mohamad yang masing-maing memperolehi semua A dalam 10 mata pelajaran.

Dan  selain daripada mereka, pelajar yang juga memperolehi 10A ialah Michele Yeo Tze Enn dan Philip Kong Chek Heng.

Sementara  Ogesten B. Anthony dan Farah Hazimah Bt Eddie, dinobatkan sebagai pelajar terbaik bagi SMK St Patrick Mukah pada peperiksaan tersebut, dengan masing-masing memperolehi 8A & 1B. 

Bagi sebuah lagi sekolah menengah di Daerah Mukah ini, SMK Mukah, Philomena Evanzelin Kang, yang mendapat 7A & 2B, adalah merupakan pelajar terbaik mereka.

- Sarawak Update


logoblog

Thanks for reading SPM 2011 MRSM Mukah 100% Lulus, GPS 2.31, 4 Pelajar 9A

Previous
« Prev Post

No comments: