Thursday, March 22, 2012

SPM 2011 Pahang: 92.52% LMS, 413 Semua A, 52 Sekolah 100% Lulus, GPN 4.86

  NR       Thursday, March 22, 2012

KUANTAN 21 Mac - Pahang melakar sejarah keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang diumumkan hari ini apabila pencapaian gred purata (GP) negeri ini meningkat kepada 4.86 sekali gus menjadikannya pencapaian terbaik sejak peperiksaan tersebut mula diperkenalkan.

Pengarah Pelajaran negeri, Yahya Zainal Abidin berkata, GP pencapaian calon SPM 2011 di negeri ini juga berjaya mengatasi pencapaian gred purata nasional (GPN) yang mencatatkan 5.04.

"Daripada 22,371 calon yang menduduki peperiksaan tahun lalu, seramai 413 orang berjaya mendapat semua A dalam mata pelajaran berbanding hanya 381 pada 2010.

"Malah, jumlah calon yang layak mendapat sijil (LMS) turut menunjukkan prestasi yang memberangsangkan iaitu sebanyak 92.52 peratus berbanding 92.04 peratus pada 2010 dan sekali lagi mengatasi pencapaian nasional yang memperoleh 91.07 peratus," katanya pada sidang akhbar di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib (SMART) di sini hari ini.

Pada majlis itu, Yahya turut menyampaikan slip keputusan peperiksaan kepada 42 pelajar sekolah tersebut yang mendapat semua A dalam SPM 2011 sekali gus menjadikan SMART sebagai sekolah terbaik di Pahang dari segi peningkatan tertinggi.

Menurut Yahya, sebanyak 52 buah sekolah mendapat 100 peratus LMS yang juga menunjukkan peningkatan sebanyak 40 peratus.

"Selain itu, sebanyak 13 buah sekolah memperoleh GPS di bawah 3.0 iaitu enam daripadanya adalah dalam kategori cemerlang.

"Enam yang cemerlang itu memperoleh GPS di bawah 2.25 yang didahului oleh Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub dengan mencatat 1.93," jelasnya.

Tambahnya, Sekolah Menengah Agama Al-Maarif di sini antara lima buah sekolah di seluruh negeri ini yang mencatatkan peningkatan GPS lebih daripada 1.0 berbanding 2010.

Sementara itu, sekolah luar bandar dan Felda turut menunjukkan prestasi yang baik apabila GPS masing-masing meningkat 0.29 dan 0.26 berbanding 2010.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading SPM 2011 Pahang: 92.52% LMS, 413 Semua A, 52 Sekolah 100% Lulus, GPN 4.86

Previous
« Prev Post

No comments: