Thursday, March 22, 2012

SPM 2011: Sekolah Seni Johor Bahru Catat 100% Lulus, GPS 1.70

  NR       Thursday, March 22, 2012

JOHOR BAHRU 21 Mac - Sekolah Seni Johor Bahru mencatat sejarah tersendiri apabila mendapat keputusan 100 peratus lulus dengan gred purata sekolah (GPS) 1.70 dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2011 yang diumumkan hari ini.

Pengetuanya, Rohana Ismail, 53, berkata, ia merupakan kali pertama 60 pelajar sekolah ini mengambil SPM sejak ditubuhkan dalam 2007.

"Sungguh di luar dugaan dengan pencapaian para pelajar yang mengambil SPM 2011 kerana sasaran GPS sekolah adalah 3.5," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Menurutnya, seramai tiga pelajar berjaya mendapat keputusan 10A dan 55 dari 60 pelajar yang mengambil jurusan seni seperti muzik, tari, teater dan pendidikan muzik berjaya mendapat A+ atau band 6.

Seorang pelajar, Lilis Jah Izzati Mohd.Yatim, 18, mengakui terkejut tapi gembira apabila memperoleh 10A.

"Saya terkejut apabila diumumkan antara tiga pelajar yang mendapat 10A," kata anak bongsu daripada tujuh beradik yang berasal dari Keramat, Kuala Lumpur dan bercita-cita melanjutkan pengajiannya di Universiti Malaya atau Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang seni tari ini.

Amira Syuhada Shahiran, 18, yang merupakan anak seorang pemandu dari Puchong, Selangor berterima kasih kepada guru-guru kerana banyak memberi tunjuk ajar serta ibu bapanya yang sentiasa mendoakan kejayaannya.

"Saya hadiahkan 10A ini kepada kedua ibu bapa serta semua guru yang banyak membantu saya selama ini," katanya.

Sementara itu, Nurul Aidilla Syamimie Mohd. Shaffi, 18, menangis sambil berpelukan dengan bapanya, Mohd. Shaffi Shaary sebaik sahaja tiba di sekolah itu dari Damansara Damai, Selangor untuk mengambil keputusan SPM.

Anak bongsu daripada empat beradik ini berjaya mendapat 10A.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading SPM 2011: Sekolah Seni Johor Bahru Catat 100% Lulus, GPS 1.70

Previous
« Prev Post

No comments: