Tuesday, March 13, 2012

SPR Cadang Subjek Mengundi, Pilihan Raya Diperkenalkan di Sekolah


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencadangkan supaya subjek mengenai pilihan raya dan kepentingan mendaftar sebagai pengundi diperkenalkan di peringkat sekolah menengah atas. 

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata langkah ini bagi mendedahkan golongan remaja kepada tanggungjawab masing-masing apabila mencapai umur yang melayakkan mereka mendaftar dan mengundi.


"Kalau mereka didedahkan dari awal, ini akan menanam minat mereka untuk mendaftar dan mengundi selain mengetahui tanggungjawab mereka bila dewasa kelak.

"Cadangan ini akan dipanjangkan kepada Kementerian Pelajaran, seterusnya SPR akan berbincang untuk mendapatkan jalan terbaik memperkenalkan perkara ini," katanya di sini hari ini. - BERNAMA 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...